Ingin tahu contoh soalan
temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga? Baiklah
untuk entri kali ini akan berkisar kepada contoh soalan temuduga SPA. Jika
anda dipanggil menjalani seisi temuduga jawatan kerajaan, anda disyorkan
bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri seisi temuduga
tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta rakan anda
berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini
anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi
nanti semasa seisi temuduga sektor awam / SPA.
Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel
penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :
=>Latar belakang & kelayakan calon
=>Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
=>Dasar kerajaan
=>Isu semasa dalam & luar negara.
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan
latar belakang & kelayakan calon
=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon
lain? Apa kelebihan anda??
=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja
dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda
lakukan? Minta ceritakan…
=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah
anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan
tersebut?
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.
=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal
dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda
pohon ketika itu)
=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran
teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina
sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera
yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran
teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina
sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera
yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan
yang dipohon.
Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.
=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance
Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang
dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau
mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang
pekerja?
=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa
pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara
2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia?
=>Apakah tema bajet 2013?
Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam &
luar negara
Isu Semasa Dalam Negara
=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13
yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.
Isu Semasa Luar Negara
=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat
kerakusan regim Israel.
=>Krisis yang berlaku di Syria.
=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang
dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara
yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia
untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan
hubungan diplomatik kedua dua hala?
=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti
Greece.
0 comments:
Post a Comment