PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kami mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri ; Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu.

Dapatkan Tips Temuduga SPA dengan "subscribe" email.

Inginkan tips temuduga bagi persediaan menghadapi seisi temuduga untuk jawatan kerajaan?

Tingkatkan semangat Patriotik anda.

Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Saturday, 28 March 2015

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (DIPLOMA)



Peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Peringkat : Diploma (Kumpulan Sokongan 1)
Jawatan : Seperti tertera diatas.

Tarikh Tutup Permohonan : 3 April 2015




Saturday, 21 March 2015

Cara Hadapi Soalan 'Sukar' & 'Mencabar' dalam Sesi Temuduga



Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.

Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':


"Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
"Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
"Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
"Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"


Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking  'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?


Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'

Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':

Tujuan utama soalan tersebut ditanya
Jawapan yang ringkas dan sesuai
Nada dan intonasi yang positif

Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'

Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.


Tujuan utama soalan tersebut ditanya
Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi. 
Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
Jawapan ringkas dan sesuai
Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.
Nada dan intonasi positif

Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.

Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'

Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud  lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan  'kepimpinan'.
Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.

Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.

Kesimpulan

Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini  dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.

Jawatan Kosong Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) ~ 17 April 2015


[Kerja Kosong] Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel).
Jawatan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Jawatan : 
1. Safety, Health & Environmental - SL1M Trainee.
2. Planner


Sebarang Pertanyaan :

Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad
Level 7, Menara UEM
Tower 1, Avenue 7
The Horizon Bangsar South City
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Malaysia 


Tarikh Akhir Permohonan : 17 April 2015

Jawatan Kosong Petroliam Nasional Berhad [Petronas] ~ 30 April 2015


[Kerja Kosong] Petroliam Nasional Berhad (Petronas) 
Jawatan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Jawatan : Young Graduate Executive


Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2015

Latar Belakang Syarikat : 
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974, adalah minyak dan gas multinasional merupakan di antara syarikat-syarikat terbesar di FORTUNE Global 500® bersepadu sepenuhnya di Malaysia. Sebagai pemegang amanah sumber-sumber minyak dan gas negara Malaysia, kita mencari, menghasilkan dan menyampaikan tenaga untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Sebagai sebuah entiti perniagaan global dan pelbagai, PETRONAS secara berterusan bertujuan untuk orang-orang yang mampu untuk memacu syarikat ke arah merealisasikan wawasan kami untuk menjadi minyak terkemuka dan gas multinasional pilihan. Kami mengalu-alukan bakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan budaya untuk menyertai pasukan kami dan berkembang dengan kami.

Wednesday, 18 March 2015

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 31 Mac 2015


[Kerja Kosong] Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)
Jawatan ini hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

Jawatan : Pembantu Setiausaha Pejabat.


Sebarang pertanyaan :
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Pahang,
Aras Bawah, Blok C, Wisma Sri Pahang,
25000 Kuantan, Pahang.

TEL : 09-512 6629 | 09-512 6736
FAKS : 09-516 2301
EMEL : spa[at]pahang.gov.my


Tarikh Tutup :- 31 Mac 2015

Jawatan kosong Langkawi Development Authority (LADA) - 31 Mac 2015


Kerja kosong [Langkawi Development Authority] (LADA).
Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

1. Pegawai Tadbir N41.


Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) dibahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah. 

Ketua Pegawai Eksekutif, 
Lembaga Pembangunan Langkawi,
Tingkat 3, Kompleks LADA,
Jalan Persiaran Putra,
07000 Kuah, Langkawi,
Kedah Darul Aman.
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan :- 31 Mac 2015

Saturday, 14 March 2015

Jawatan Kosong di RISDA - 27 Mac 2015

Jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai:



1. Jurutera  - J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat - F41
3. Penolong Pegawai Penilaian - W27
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - F29
5. Penolong Pegawai Tadbir - N27
6. Juruteknik Ukur - J17
7. Penolong Jurutera - J29
8. Juruaudio Visual - N17
9. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi - N17
10. Pegawai Khidmat Pelanggan - N17
11. Pembantu Tadbir Kewangan - W17
12. Pembantu Setiausaha Pejabat
13. Pembantu Operasi - N11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Mac 2015
Lokasi: Kuala Lumpur
Sektor: Kerajaan

Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : RISDA (Tekan Search)


3. Pilih majikan.
4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.

Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2015. Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Centerdan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.



Jadual Bulan Mac 2015 >> Lihat

Jadual Bulan April 2015 >> Lihat



Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.


i)
Tiada sebarang bayaran dikenakan;
ii)
Berpakaian kemas; dan
iii)
Nota-nota kursus disediakan seperti berikut :

Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:

Encik Zainal Bin Ein : 03-8885 6055
Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
Cik Siti Amirah binti Amran : 03-8885 6459



Friday, 13 March 2015

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPM)


Peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Peringkat : SPM
Jawatan : Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac 2015


Thursday, 12 March 2015

Etika Pakaian Temu Duga



Apabila menghadiri seisi temuduga SPA, aspek pemakaian perlu diberi perhatian. Bukan hanya persiapan mempertingkat IQ dan kemahiran sahaja. Persediaan untuk pemilihan pakaian juga perlu diutamakan.

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai ‘aura’ tersendiri semasa anda menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah untuk diri anda. Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan, ketenangan dan kehebatan anda.

Etika Pakaian Untuk Wanita




   Etika Pakaian Untuk Lelaki










Soalan Temuduga SPA



Soalan Temuduga SPA

Ingin tahu contoh soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga? Baiklah untuk entri kali ini akan berkisar kepada contoh soalan temuduga SPA. Jika anda dipanggil menjalani seisi temuduga jawatan kerajaan, anda disyorkan bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri seisi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi nanti semasa seisi temuduga sektor awam / SPA.

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

=>Latar belakang & kelayakan calon
=>Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
=>Dasar kerajaan
=>Isu semasa dalam & luar negara.


Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?


Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.


Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
=>Apakah tema bajet 2013?


Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

Isu Semasa Dalam Negara

=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?
=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?
=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.


Isu Semasa Luar Negara

=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.
=>Krisis yang berlaku di Syria.
=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.
=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.